Thursday, October 21, 2010

Amazing Malaysia (Gua Itik & Gua Gendang)

Pengkalan Hulu, pernah dikenali sebagai Kroh atau Keroh, merupakan bandar yang terletak di daerah Hulu Perak, utara Negeri Perak. Ia terletak di sempadan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand dan sempadan negeri antara Perak dan Kedah.Pengkalan Hulu dengan keluasan hampir 40km persegi dengan kepadatan penduduk hampir 30,000 orang juga sebagai perantara di antara negeri-negeri di sebelah utara ke bahagaian selatan tengah Semenanjung Malaysia dan juga Pantai Timur Semenanjung dan juga pintu masuk antarabangsa berhampiran Negara Thailand. Bandar berhampiran di negara Thai ialah Betong di Wilayah Yala.

Terdapat 2 buah gua batu kapur iaitu Gua Gendang (gua utama) dan Gua Itik. Gua ini merupakan salah satu produk perlancongan utama yang terletak di Pengkalan Hulu. Lokasi gua tersebut adalah 6 kilometer dari Pengkalan Hulu dan 1 kilometer dari Tasek. Gua Gendang ini telah menarik ramai pelancong dari pelbagai pelusuk negeri. Tetapi pejalanan kami bermula dari Gua Itik dan terus ke Gua Gendang.




Pintu masuk ke Gua Itik.


Kami menyusuri anak sungai untuk masuk ke dalam gua.


Berehat sebentar menunggu anggota Bomba memberi 'Green Light' untuk masuk ke dalam Gua Gendang.
Sempat shoot lumut yang terdapat di kawasan sekitar.


Setelah colok dan lilin di pasang. Kami di benarkan turun dengan mengunakan anak tangga


Tangga dipenuhi lumut, terlalu licin.


Lilin menjadi panduan kepada kamki semasa berada di dalam Gua Gendang. Dengan keadaan gua yang gelap tanpa sebarang sumber cahaya, penglihatan kami terbatas.


Pemandangan di dalam gua yang sempat saya rakamkan.


Stalactites yang terhasil dari pengaliran air.


Dengan penglihatan yang minimum, pergerakan kami terbatas dan hanya berpandukan kepada lilin.


Pemandangan dalam gua.


Lagi stalactites yang semapt saya rakamkan


Anggota Bomba dan Fasi berehat sebentar.


Hujan. Tak sempat nak mandi. Takut kepala air.

No comments:

Post a Comment