Saturday, October 23, 2010

Amazing Malaysia (Pantai Pasir Panjang)

Balik Pulau terletak di belakang Bukit Bendera dan mengadap Lautan Hindi dan Selat Melaka. Oleh itu ia terdedah kepada obak besar seperti tsunami 2004. Pekan ini agak terpencil dan lambat membangun berbanding dengan bandar Georgetown.Jalan perhubungan hanyalah jalan raya dan bot nelayan. Jalan raya dari Bayan Lepas di selatan dan dari Teluk Bahang di utara. Jalan tengah dari Relau. Jalan raya ini terpaksa mengelilingi kawasan berbukit-bukit seperti di ar terjun Titi Kerawang. Dari atas bukit anda dapat melihat kawasan Balik Pulau yang landai di tepi pantai.
Antara kampung yang terdapat di Balik Pulau ialah Kampung Batu Putih , Kampung Batu Kecil , Kampung Sungai Pinang , Kampung Sungai Rusa ,Kampung Permatang Pasir, Kampung Pokok Manggis , Kampung Titi Teras , Kampung Permatang Tengah, Kampung Sungai Burung , Kampung Terang , Kampung Perlis , Kampung Genting, Kampung Genting Dalam, Kampung Shee Tan , Kampung Paya Simpang Empat Genting,Kampung Pagar Buluh , Kampung Masjid , Kampung Baruh ,Kampung Seronok dan Kampung Binjai.

Secara keseluruhannya kawasan di sini menghijau kerana dijadikan hutan simpan. Antaranya ialah Hutan Simpan Bukit Gemuruh, Hutan Simpan Bukit Genting Hutan Simpan Pantai Aceh dan Hutan Simpan Teluk Bahang.

Antara lokasi berhampiran dengan Balik Pulau ialah Teluk Ara, Muka Head, Teluk Duyung, Teluk Aling, Sungai Tukun, Sungai Teluk Awak, Sungai Teluk Bahang, Penang Butterfly Farm, Pusat Kebudayaan Pulau Pinang, Teluk Bahang, Teluk Mat Inca, Teluk Pisang, Teluk Nibung, Pantai Mas, Hutan Simpan Laksamana , Durian Orchards, Sungai Pinang, Air Terjun Titi Kerawang, Nutmeg & Clove Orchards, Bagan Kuala Sungai Pinang, Sungai Rusa, Sungai Samagagah, Sungai Air Putih, Titi Peropok, Hutan Simpan Balik Pulau, Kampung Melayu, Kuala Jalan Baharu, Kebun Besar, Sungai Burung, Pekan Genting, Sungai Nipah, Sungai Betung, Sungai Ara, Pulau Betung, Pasir Panjang, Teluk Dwalin, Gertak Sanggul, Teluk Gemuruh, Teluk Pasir Belanda, Teluk Bongkok, Teluk Kumbar, Teluk Arab, Teluk Pak Pajun, Teluk Cut, Teluk Pak Bidan, Panara dan Sungai Bayan Lepas.

Lokasi saya kali ini di Pantai Pasir Panjang yang terletak bersebelahan dengan Pulau Betong. Dari Georgetown hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit dan jarak dari pekan Balik Pulau lebih kurang 10km sahaja.








Thursday, October 21, 2010

Amazing Malaysia (Gua Itik & Gua Gendang)

Pengkalan Hulu, pernah dikenali sebagai Kroh atau Keroh, merupakan bandar yang terletak di daerah Hulu Perak, utara Negeri Perak. Ia terletak di sempadan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand dan sempadan negeri antara Perak dan Kedah.Pengkalan Hulu dengan keluasan hampir 40km persegi dengan kepadatan penduduk hampir 30,000 orang juga sebagai perantara di antara negeri-negeri di sebelah utara ke bahagaian selatan tengah Semenanjung Malaysia dan juga Pantai Timur Semenanjung dan juga pintu masuk antarabangsa berhampiran Negara Thailand. Bandar berhampiran di negara Thai ialah Betong di Wilayah Yala.

Terdapat 2 buah gua batu kapur iaitu Gua Gendang (gua utama) dan Gua Itik. Gua ini merupakan salah satu produk perlancongan utama yang terletak di Pengkalan Hulu. Lokasi gua tersebut adalah 6 kilometer dari Pengkalan Hulu dan 1 kilometer dari Tasek. Gua Gendang ini telah menarik ramai pelancong dari pelbagai pelusuk negeri. Tetapi pejalanan kami bermula dari Gua Itik dan terus ke Gua Gendang.




Pintu masuk ke Gua Itik.


Kami menyusuri anak sungai untuk masuk ke dalam gua.


Berehat sebentar menunggu anggota Bomba memberi 'Green Light' untuk masuk ke dalam Gua Gendang.
Sempat shoot lumut yang terdapat di kawasan sekitar.


Setelah colok dan lilin di pasang. Kami di benarkan turun dengan mengunakan anak tangga


Tangga dipenuhi lumut, terlalu licin.


Lilin menjadi panduan kepada kamki semasa berada di dalam Gua Gendang. Dengan keadaan gua yang gelap tanpa sebarang sumber cahaya, penglihatan kami terbatas.


Pemandangan di dalam gua yang sempat saya rakamkan.


Stalactites yang terhasil dari pengaliran air.


Dengan penglihatan yang minimum, pergerakan kami terbatas dan hanya berpandukan kepada lilin.


Pemandangan dalam gua.


Lagi stalactites yang semapt saya rakamkan


Anggota Bomba dan Fasi berehat sebentar.


Hujan. Tak sempat nak mandi. Takut kepala air.

Saturday, October 16, 2010

Slow Shutter (Bagan Ajam Sunset)



Trying my new filter B+W ND110

Canon Photomarathon 2010









Picture without theme..

Sunday, October 10, 2010

Pyan & Su Wedding



Pre Weeding at R&R Bagan Ajam
Outdoor at Dusun Durian Penjara Jawi
Wedding 10 October 2010

Monday, October 4, 2010

Zaty in Action




Talent Name : Zati
Photographer : Emkays
Lighting : Roseli
Credit to : Abam Jiwa (coz ushar awek nie)

udy & mona, Masjid Tanah



Photographer by Emkays
Custom Album by Emkays